
JIM tubuh Skuad Perkasa bantu kakitangan terjejas banjir
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini melancarkan Skuad Ihsan Madani (Skuad Perkasa) bagi membantu kakitangan agensi itu yang terjejas akibat bencana banjir minggu lalu.
Majlis pelancaran skuad yang dianggotai oleh 100 sukarelawan JIM dari seluruh negara itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban.
JIM dalam kenyataannya berkata, pasukan akan digerakkan ke lokasi bermula pada 10 dan 12 Disember ini bagi memberi bantuan, sokongan moral dan pemulihan semangat kepada 160 warga kerja JIM di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Menurutnya, penubuhan unit itu selari dengan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani untuk mangsa banjir pada 4 Disember lalu.
“Kerjasama ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan Jabatan Imigresen Malaysia terhadap warga kerjanya, serta usaha untuk terus bersama-sama membantu dan menyokong antara satu sama lain dalam menghadapi cabaran.
“Skuad Perkasa ini adalah manifestasi keprihatinan JIM terhadap kebajikan warga kerja yang terjejas dengan disokong oleh kerjasama erat antara Koperasi Imigresen Malaysia (KOPRIMA), Kesatuan Pegawai Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Persatuan Penguasa Imigresen Malaysia (PPIM), Majlis Kebajikan dan Sukan Imigresen Malaysia (MAKSIM) dan PUSPANITA,” katanya.
JIM berkata, inisiatif itu diharapkan dapat meringankan bebanan warga JIM yang dilanda musibah bencana banjir.
Di samping itu Program Khidmat Masyarakat itu turut disasarkan bagi membantu masyarakat awam dalam aktiviti-aktiviti pasca banjir.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |