Berita Semasa

Timbalan Menteri Pertahanan lawat anggota ATM, veteran terjejas banjir di Kelantan

Tinjau situasi banjir di Pantai Timur

PASIR MAS – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari mengadakan lawatan ke Jajahan Pasir Mas yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda Pantai Timur, semalam.

Sewaktu lawatan, beliau diberikan taklimat oleh Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Muzamil Ali, selaku Appointed Military Commander (AMC) Op MURNI Kawasan Tanggungjawab 8 Briged yang bertanggungjawab memantau situasi banjir dan membantu pihak berkuasa awam semasa bencana banjir belaku di kawasan sekitar Kelantan dan Terengganu.

Adly kemudiannya turut melawat ahli veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terkesan dengan banjir di jajahan berkenaan.

Antaranya, Yusrin Ariffin dan Haslina Mustapha yang tinggal di kawasan Lubok Jong, Faizal Mustapha di Taman Megah Lagenda dan Che Aziz Che Long yang tinggal di Tok Uban.

Hadir sama, Pengarah JHEV Cawangan Negeri Kelantan, Mejar Wan Abdullah Wan Abdul Samad TUDM serta wakil persatuan-persatuan Veteran ATM sekitar Kelantan.

Beliau kemudiannya turut singgah menyampaikan sumbangan kepada anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sedang dalam penugasan Op MURNI di sekitar jajahan tersebut.

Untuk rekod, Op MURNI mula beroperasi sejak 27 November lalu dan meliputi Jajahan Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Putih, Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang di Kelantan, dan di Hulu Terengganu, Marang, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu, di Terengganu.

Menurut ATM, statistik keseluruhan menunjukkan seramai 424 orang veteran terjejas akibat banjir, dengan 299 daripadanta berada di Kelantan, manakala selebihnya di Terengganu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button