Lelaki hanyut lebih 12 jam di Sungai Rajang ditemukan selamat
SIBU – Seorang pemancing berdepan detik cemas apabila dihanyutkan arus Sungai Rajang selama 12 jam selepas tergelincir ketika memancing di Jambatan Durin dekat sini petang semalam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata, Davidson Miscol, 29, terjatuh ke dalam sungai pada 4.30 petang ketika hendak mencuci kakinya.
Katanya, mangsa bernasib baik kerana mempunyai beg sandang yang digunakan untuk mengapungkan diri semasa dibawa arus deras sungai.
“Dia tidak berdaya untuk berenang ke tebing kerana arus sungai agak deras dan hanyut selama 12 jam.
“Ketika sedang hanyut dia terlihat ada orang awam di tebing sungai dan seterusnya melambai tangan sambil menjerit minta pertolongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3.11 pagi hari ini dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi.
Andy berkata, lelaki itu ditemukan terapung di seberang tebingan Waterfront Residence, lebih 31km dari lokasi dia terjatuh.
Tiga anggota bomba kemudiannya turun ke sungai dengan sebuah bot dan berjaya menyelamatkan pemancing itu pada pukul 4.13 pagi.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune