Jenayah & Mahkamah

Kes pecah amanah RM8 Juta: Vivy Yusof dan suami mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR – Pengasas platform e-dagang terkenal FashionValet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan dana pelaburan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, Vivy, 37 dan Fadzarudin, 36, dibuat sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

“Faham, tidak bersalah,” jawab kedua-dua tertuduh secara berasingan.

Mengikut kertas pertuduhan, pasangan itu, sebagai pengarah Fashion Valet Sdn Bhd, didakwa bersama-sama melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan yang diamanahkan oleh Khazanah Nasional Berhad dan PNB.

Mereka didakwa membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank Fashion Valet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan daripada Ahli Lembaga Pengarah Fashion Valet Sdn Bhd.

Kesalahan itu dikatakan berlaku di Public Bank Berhad, cawangan Bukit Damansara, di alamat 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara, Bukit Damansara, pada 21 Ogos 2018.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button