Berita Semasa

1,245 penyakit berjangkit dikesan di seluruh PPS – Pengarah kesihatan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan negeri mengesan 1,245 penyakit berjangkit di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu pada bencana banjir yang bermula sejak akhir bulan lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, jangkitan saluran pernafasan mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 969 kes, diikuti jangkitan kulit 166 kes.

Tambahnya, jangkitan demam pula mencatatkan 63 kes manakala keradangan perut dan usus, 47 kes.

“Terdapat juga beberapa kes membabitkan jangkitan keradangan mata, tetapi tiada kes penyakit berjangkit atau wabak yang serius,” katanya, hari ini.

Dr Kasemani turut memberitahu, sebanyak 19 fasiliti kesihatan termasuk klinik kesihatan dan hospital terjejas disebabkan banjir.

Katanya, 13 daripada fasaliti kesihatan terputus laluan, manakala tiga lagi dimasuki air.

Katanya, Jabatan Kesihatan juga sudah mengeluarkan peringatan awal kepada pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis dan wanita sarat mengandung di kawasan berisiko supaya berpindah lebih awal bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Mengenai persiapan menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka bermula Ahad ini, Dr Kasemani berkata, JKNT menubuhkan 184 pasukan perubatan sebagai persediaan.

Setiap pasukan terdiri daripada empat hingga lima petugas, termasuk pegawai perubatan, jururawat terlatih atau penolong pegawai perubatan, jururawat masyarakat, pegawai farmasi dan pemandu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button