
Luar NegaraBerita Semasa
12 tentara Vietnam maut dalam letupan latihan tentera
DONG NAI – Sebanyak 12 tentara Vietnam maut dalam letupan yang tidak disengajakan semasa latihan di wilayah selatan Vietnam, menurut laporan media rasmi semalam.
Letupan tersebut terjadi pada malam Isnin di lapangan sasar ketenteraan wilayah ke-7, di kawasan perindustrian di sini.
Sebagian besar mayat anggota tentera yang terkorban telah ditemukan, sementara pihak berkuasa masih mencari sejumlah mangsa yang hilang.
Siasatan awal mempercayai kejadian berpunca daripada alat peledak bahan letupan disambar kilat yang menyebabkan letupan.
“Kejadian ini merupakan kehilangan yang tidak tergambar kepada unit tentera, ahli keluarga, sahabat dan pasukan,” memetik kenyataan dari Kementerian Pertahanan Vietnam.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |