Berita Semasa

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia di Korea Selatan terus ambil langkah waspada

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau sedang berada di Korea Selatan agar terus mengambil langkah keselamatan dan kekal berwaspada.

Peringatan itu dikeluarkan Wisma Putra walaupun keadaan di Korea Selatan telah kembali pulih sepenuhnya dengan penguatkuasaan undang-undang tentera kini ditarik balik di negara itu.

“Orang ramai juga digalakkan untuk mengikuti panduan serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan masing-masing.

“Sebagai langkah proaktif, rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan disarankan untuk mendaftar kehadiran mereka melalui sistem E-Konsular bagi memudahkan pemberian bantuan sekiranya diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang bantuan yang diperlukan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di No 129, Dokseodang-ro, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419, Republik Korea.

Pejabat Kedutaan Malaysia juga boleh dihubungi melalui nombor telefon +82-2-2077 8600 (Talian Umum) dan +82-2-794 5488 atau dengan mengirim e-mel ke mwseoul@kln.gov.my.

Semalam, Presiden Korea Selatan, Yoon Sek Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil berikrar untuk menghapuskan pihak ‘antipemerintah’, pada masa yang sama bergelut dengan pihak pembangkang yang mengawal Parlimen dan dituduh menyokong pasukan komunis Korea Utara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button