Berita Semasa

Imigresen tawar pengantian pasport percuma kepada mangsa banjir

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen mengambil inisatif untuk memberikan penggantian pasport percuma kepada mangsa banjir yang terjejas.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, inisiatif itu diharap dapat membantu memudahkan urusan mereka yang terkesan.

“Alhamdulillah Skuad Ihsan Madani Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan perkhidmatan bergerak MEKAR beroperasi di beberapa kawasan terkesan banjir di Kedah.

“Selain dokumen pengenalan, Jabatan Imigresen juga akan menjalankan inisatif yang sama, iaitu penggantian pasport percuma buat mangsa-mangsa banjir.
Moga inisiatif ini akan membantu memudahkan urusan mereka yang terkesan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman X miliknya hari ini.

Semalam KDN mengumumkan penggantian percuma bagi mangsa banjir yang terkesan dengan kemusnahan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil lahir dan pasport.

Katanya, JPN dan imigresen akan menyediakan perkhidmatan penggantian dokumen-dokumen tersebut secara percuma kepada semua mangsa banjir.

Perkhidmatan penggantian dokumen penting oleh JPN akan turut disediakan melalui bas bergerak (mobile bus) di kawasan-kawasan yang terkesan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button