Berita Semasa

Data MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia didakwa bocor, dijual di ‘dark web’

KUALA LUMPUR – Data kad pengenalan atau MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia didakwa telah bocor dan dijual di laman web gelap (dark web).

Perkara itu didedahkan pengguna laman X, Fusion Intelligence Center @ StealthMole yang mendakwa, sampel MyKad Malaysia telah dikongsi secara terbuka di laman web gelap berkenaan.

“Didakwa bahawa data 17 juta MyKad warga Malaysia telah dibocorkan dan sedang dijual di web gelap.

“Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap.

“Pelanggaran data besar-besaran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan,” katanya dalam kenyataan di X semalam.

Pada 2022, pentadbir laman Facebook Pendakwah Teknologi mendedahkan hampir 13 juta maklumat pengguna dari Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro telah bocor.

Mengikut hantaran di Forum Breach di bawah sub tajuk 13 juta pengguna bank bocor pada 25 Disember 2022, dikatakan kira-kira 3.5 juta maklumat pengguna Astro bocor disusuli dengan 1.8 juta maklumat Maybank dan 7.2 juta maklumat SPR.

Maklumat yang bocor itu melibatkan nama pengguna, nama dan nama bapa, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button