
Banjir di Kelantan reda, 74,969 mangsa pulang ke rumah
KUALA LUMPUR – Sebanyak 223 daripada 316 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan telah ditutup, membolehkan 74,969 mangsa daripada 22,581 keluarga pulang ke rumah berikutan paras air sungai yang surut dan hujan semakin reda, setakat pukul 4 petang tadi.
Namun, 93 PPS masih aktif dengan 39,761 mangsa daripada 12,863 keluarga masih ditempatkan di empat jajahan iaitu Tumpat (20,441 mangsa) dan Pasir Mas (18,866), Kota Bharu (403 orang) dan Bachok (49 orang).
Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan paras air di dua sungai utama Kelantan iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dan Tumpat kekal melebihi paras bahaya tetapi menunjukkan trend menurun.
Secara keseluruhan, keadaan banjir di enam negeri lain termasuk Johor, Terengganu, Perak, Melaka, dan Kedah turut menunjukkan pemulihan.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir kini berkurangan kepada 57,980 orang berbanding 65,899 pada pagi tadi dengan jumlah kematian akibat bencana alam itu adalah sebanyak tujuh orang.
Di Johor, jumlah mangsa juga menurun kepada 1,029 orang berbanding 1,062 pagi tadi, manakala Pahang mencatat sedikit peningkatan.
Situasi banjir terus dipantau oleh pihak berkuasa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |