
SPRM kunjungi pejabat Persatuan Badminton Malaysia
KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengunjungi pejabat badan induk itu minggu lalu untuk mendapatkan maklumat tertentu.
Dalam satu kenyataan hari ini, BAM berkata, pihaknya memberikan kerjasama penuh sepanjang kehadiran pegawai SPRM yang menjalankan tugas secara profesional.
“BAM memberikan kerjasama penuh sepanjang kehadiran pegawai SPRM itu, dan mereka menjalankan tugas dengan penuh profesionalisme,” kata kenyataan itu.
Namun, tiada maklumat lanjut didedahkan mengenai butiran atau tujuan kehadiran pegawai SPRM tersebut.
Setakat ini, SPRM juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara itu dan BAM menegaskan komitmennya untuk terus memberikan kerjasama jika diperlukan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |