
Penyalahgunaan diesel: Nilai rampasan sejak Januari 2022 cecah RM47 juta
KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,206 kes berkaitan penyalahgunaan barang kawalan diesel direkodkan dengan jumlah rampasan bernilai RM47 juta sejak Januari 2022 hingga Oktober 2024.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Semenanjung Malaysia mencatat 1,617 kes diikuti Sarawak (421), Sabah (141) dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 11 kes.

“Daripada jumlah kes tersebut, bilangan tangkapan yang dilakukan dalam tempoh berkenaan ialah seramai 1,177 orang melibatkan rakyat Malaysia dan bukan warganegara,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, kementeriannya mengambil serius berhubung aktiviti penyelewengan diesel yang berlaku di Malaysia.
“Antara faktor yang mendorong aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi dalam sektor industri.
“Selain itu, penyeludupan ke luar negara serta penetapan harga bagi diesel bersubsidi yang diberikan secara pukal oleh kerajaan mendorong ke arah kegiatan ini,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |