Berita Semasa

Labuan terima RM1.66 bilion untuk 90 projek

KUALA LUMPUR – Labuan bakal menyaksikan pembangunan pesat menerusi peruntukan sebanyak RM1.66 bilion untuk 90 projek di bawah Rolling Plan 5 Tahun 2025, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Menteri di Jabatan Perdana (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, 22 daripadanya merupakan projek baharu manakala selebihnya adalah projek dan program sambungan.

“Program dan projek baharu yang telah diluluskan merangkumi pelbagai sektor penting seperti infrastruktur air, perumahan serta kemudahan awam yang melibatkan sektor pendidikan, rekreasi, pengangkutan dan kesihatan,” katanya di Dewan Negara, semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Anifah Aman mengenai projek-projek pembangunan untuk Labuan selain daripada pemasangan 180 kamera litar tertutup yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2025.

Dr Zaliha berkata, pelaksanaan projek-projek terbabit dijangka memberi manfaat yang besar kepada penduduk Labuan secara keseluruhan selain menyokong pelbagai industri yang terdapat di wilayah berkenaan.

Walau bagaimanapun katanya, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan agensi sedang dalam penyediaan perancangan projek pembangunan bagi RMK-13.

“Dalam hubungan ini JWP akan berusaha merancakkan aktiviti pelancongan dengan memastikan keterhubungan pengangkutan udara dan laut diperbaiki, jumlah kemudahan penginapan ditambah, di samping memudah cara urusan transhipment supaya ekonomi Labuan akan bertambah rancak,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button