
Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa buka cawangan ke-11 di Nilai, tawar perkhidmatan kesihatan berkualiti dan eksklusif
NILAI – Dalam usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan eksklusif kepada masyarakat di negara ini, Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa telah memperluas rangkaian perniagaan dengan pembukaan cawangan ke-11 di Nilai, Negeri Sembilan.
Pengasasnya, Dr. Fatin Amira berkata, klinik cawangan Nilai bukan sekadar klinik biasa, malah ia direka sebagai ‘Signature Branch’ dengan reka bentuk dalaman yang moden, mewah dan selesa.
“Konsep yang kami bawa di Nilai adalah gabungan rawatan perubatan dan kesejahteraan dengan pendekatan yang lebih holistik. Selain rawatan perubatan standard, kami memperkenalkan perkhidmatan khas seperti terapi relaksasi yang direka untuk memenuhi keperluan komuniti setempat,” kata Dr. Fatin
Jelas beliau, cawangan ini juga dibina dengan fokus kepada pengalaman pelanggan dengan suasana yang menyenangkan dan eksklusif.
“Kami percaya bahawa persekitaran memainkan peranan penting dalam pengalaman rawatan. Di cawangan Nilai, setiap sudut direka untuk memberikan rasa tenang dan memanjakan pelanggan,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Dr. Fatin berkata, cawangan Nilai juga memperkenalkan pelbagai rawatan baharu sebagai sebahagian daripada usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan yang inovatif.
“Antaranya adalah rawatan lutut menggunakan PRP (Platelet-Rich Plasma), Hyaluronic Acid, Sovisc, dan Biolyph, yang direka untuk membantu pesakit yang menghadapi masalah lutut dan sendi. Rawatan ini memberikan penyelesaian yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan serta keradangan dan memperbaiki fungsi sendi.
“Selain itu, katanya, Energy Booster Intravenous Drip turut ditawarkan untuk individu yang memerlukan peningkatan tenaga dan kesihatan keseluruhan. Rawatan ini membantu mengurangkan keletihan, menyokong kesejahteraan tubuh, dan sangat sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif atau memerlukan tambahan sokongan tenaga,” ujarnya lagi.
Sementara itu, selain menawarkan perkhidmatan kesihatan, klinik ini juga berhasrat untuk melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Menurut Dr. Sharifah Najwa, salah seorang doktor utama di klinik tersebut, pihaknya mahu memastikan kehadiran mereka di Nilai membawa impak positif kepada komuniti.
Jelasnya, salah satu inisiatif utama adalah kempen kesedaran kesihatan yang merangkumi pemeriksaan kesihatan percuma dan ceramah mengenai penjagaan kesihatan yang mampu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menjaga kesihatan secara menyeluruh.
“Inisiatif lain yang bakal dilaksanakan adalah bengkel pemakanan dan analisis kulit percuma. Bengkel ini bertujuan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami dengan lebih mendalam tentang keperluan tubuh mereka dan cara memilih rawatan atau langkah pencegahan yang paling sesuai.
“Aktiviti seperti ini membantu orang ramai mendapatkan maklumat kesihatan yang berguna secara percuma, seterusnya meningkatkan pengetahuan mereka mengenai penjagaan kesihatan yang betul,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |