Berita Semasa

Isteri Cikgu Din meninggal dunia

TUMPAT – Isteri kepada seorang guru lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Din dilaporkan meninggal dunia pada pukul 9 malam tadi.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Cikgu Din, atau nama sebenarnya Mohamad Izzudin Izhar, 34, melalui aplikasi WhatsApp, lapor portal Buletin TV3

“Isteri saya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9 malam tadi. Saya mohon maaf jika isteri saya ada melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan, dan jika ada sebarang hutang (Allahyarham), mohon maklumkan kepada saya,” tulis Cikgu Din ringkas.

Kisah Cikgu Din menjadi tular di media sosial Oktober lepas apabila beliau berkongsi kesukaran tidak dapat bertukar ke Semenanjung demi isterinya, Allahyarhamah Nur Atiqah Yusoff, yang sedang bertarung melawan kanser tulang rawan tahap empat.

Cikgu Din, yang bertugas di Sarawak, sanggup berulang-alik setiap dua minggu dari Sarawak ke Kota Bharu, Kelantan, untuk menemani isterinya.

Beliau juga memohon pertukaran kerja setelah keadaan isterinya semakin kritikal, namun permintaannya pada ketika itu difahamkan tidak menerima layanan sewajartnya.

Susulan perkongsian itu di media sosial, dan maklumbalas warganet, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Kelantan, dan bersetuju menempatkan Cikgu Din di sebuah sekolah berhampiran isterinya untuk sementara waktu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button