Berita Semasa

Fadillah Yusof terima anugerah tokoh pemimpin Islam terbilang dunia

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, diiktiraf dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia daripada Forum Kepimpinan Muslim Sedunia (WMLF).

Anugerah berprestij itu diberikan sebagai penghormatan kepada kepimpinan dan komitmen beliau dalam memajukan pembangunan mampan serta perpaduan dalam dunia Islam.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi WMLF, Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther bersama Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik, Tan Sri Michael Yeoh, dalam satu majlis khas di Parlimen, hari ini.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tidak dapat menghadiri forum WMLF ke-13 yang diadakan di London pada 22 November lalu.

Mohamed Iqbal berkata, dedikasi Fadillah dalam mempromosikan kemampanan dan perpaduan amat dihargai.

“Visi dan usaha beliau melambangkan cita-cita WMLF. Anugerah itu mengiktiraf impak berkekalan beliau dalam menyediakan penyelesaian pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Forum WMLF ke-13 yang bertemakan Muslim Leadership in Challenging Times: Fostering Inclusivity and Sustainability menghimpunkan pemimpin, penggubal dasar, usahawan dan inovator daripada dunia Islam untuk membincangkan strategi bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Acara anjuran bersama KSI itu turut menekankan isu seperti kesaksamaan jantina, pemerkasaan belia, perubahan iklim, dan pembinaan keamanan dalam perbincangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button