
Az Zuha Group Travel & Tours rangkul anugerah berprestij di MEBA 2024
KUALA LUMPUR – Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila menjadi satu-satunya agensi pelancongan yang menerima pengiktirafan berprestij daripada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) Edisi ke-8 baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Az Zuha Group & Travel Sdn Bhd, Abdul Malik Abdul Raman, berkata, pengiktirafan bagi kategori Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Pelancongan tersebut adalah satu pencapaian yang amat besar buat Az Zuha.
“Ia mencerminkan komitmen berterusan kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan operasi.
“Kami amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang terus mempercayai kami sepanjang 12 tahun ini,” katanya sambil menambah pengiktirafan itu sekali gus mengangkat nama Az Zuha sebagai peneraju dalam industri pelancongan Islam di Malaysia.
Majlis penganugerahan yang berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur tersebut memberi penghormatan kepada perniagaan yang menunjukkan ketahanan luar biasa dan kebolehsuaian dalam menghadapi cabaran dunia pasca-pandemik.
Sebagai sebuah syarikat yang telah beroperasi selama 12 tahun, Az Zuha Group & Travel Sdn Bhd berjaya mengekalkan rekod bersih dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.
Tambahan pula, syarikat ini telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M untuk tiga tahun berturut-turut.
Tambah Abdul Malik, Az Zuha kini memperkenalkan aplikasi E-Azzuha, inovasi pertama di Malaysia yang direka khas bagi melancarkan pengurusan jemaah menjalankan ibadah di tanah suci.
Katanya, aplikasi itu bukan sahaja menjimatkan masa berbanding kaedah manual, tetapi turut memberikan kemudahan kepada bakal jemaah dalam memilih pakej, membuat tempahan dan menguruskan perjalanan umrah secara digital.
“Aplikasi E-Azzuha dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih, termasuk modul perjalanan umrah yang komprehensif selain pengguna boleh mengikuti perkembangan perjalanan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai status visa, penerbangan, tempat penginapan, dan panduan perjalanan.
“Aplikasi ini adalah usaha kami untuk menyediakan pengalaman ibadah yang lebih lancar, moden, dan efisien kepada pelanggan. Ia merupakan satu lonjakan ke arah transformasi digital dalam industri pelancongan Islam,” ujarnya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |