Sukan

Sony Norde pula tinggalkan Kedah

ALOR STAR – Ketua pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde menjadi pemain terbaharu meninggalkan pasukan Hijau Kuning.

Menurut KDA FC dalam satu kenyataan, pemyerang berasal dari Haiti itu akan berkelana ke pasukan lain di luar negara.

“Pihak pemilik, ahli lembaga pengarah dan pengurusan KDA FC ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sony Norde atas segala sumbangan dan dedikasi yang diberikan sepanjang beliau bersama pasukan.

“Kehadiran beliau bukan sahaja membawa impak besar di atas padang tetapi juga meninggalkan kenangan dan kesan yang amat bermakna kepada seluruh rakan sepasukan dan penyokong Sang Kenari.

“Komitmen serta daya kepimpinan yang tinggi sebagai ketua pasukan sejak berada didalam pasukan sepanjang musim ini amatlah sukar dicari ganti,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu katanya, penghijrahan pemain import itu dibuat di atas persetujuan bersama bagi mengembangkan bakatnya di luar liga Malaysia.

Baru-baru ini Sony Norde mendedahkan akan menyertai kelab di Indonesia pada bulan ini.

Dia akan terbang ke sana pada 5 Disember ini.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button