PM seru syarikat swasta turut sama bantu mangsa banjir
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru syarikat swasta untuk turut sama menumpukan usaha membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Kata Anwar, bantuan yang dihulurkan tidak terhad dalam bentuk dana, tetapi juga penyiapan jentera.
“Bank-bank tempatan juga sudah mengambil langkah sendiri untuk membantu.
“Ada baiknya, dalam keadaan sekarang bukan saja dana tetapi siap jentera, biar syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh turun juga ke gelanggang.
“Mereka akan melihat masalah kehidupan rakyat, kemiskinan, kesusahan rakyat yang dihadapi dengan penuh kesabaran,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.
Beliau menambah, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bawah Khazanah Nasional Berhad, PETRONAS dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sudah mengerahkan semua syarikat di bawah mereka.
Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula November lalu menyaksikan sembilan negeri terjejas akibat banjir.
Portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 135,344 orang dari 40,910 keluarga berlindung di 631 pusat penempatan sementara (PPS) setakat jam 9.47 pagi.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune