Berita SemasaPM X

PM mahu penjawat awam terus tingkatkan prestasi

PUTRAJAYA – Penjawat awam perlu terus meningkatkan prestasi selaras dengan kenaikan gaji pada bulan ini susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan gaji itu adalah sesuatu yang adil untuk diberikan namun rakyat sentiasa mahu melihat perubahan pada seluruh sistem perkhidmatan awam.

“Seperti yang kita janjikan. Tahniah kepada yang dapat kenaikan, tapi saya hanya mengharapkan, prestasi yang jauh lebih baik kerana rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih baik.

“Dan ada beberapa langkah oleh KSN untuk memperkenalkan pembaharuan perkhidmatan awam, saya harap ia mendapat sokongan penuh kerana orang mahu lihat di peringkat akar umbi, di daerahnya, di kementeriannya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sebelum ini, seramai 85 peratus penjawat awam dilaporkan sudah menandatangani opsyen SSPA, empat hari sebelum ia berakhir pada Jumaat lalu.

Pelaksanaan SSPA yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember 2024 menyaksikan kumpulan pelaksana menikmati pelarasan gaji tertinggi sehingga 42.7 peratus manakala tujuh peratus bagi kumpulan pengurusan tertinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button