Berita Semasa

Kerajaan jimatkan RM600 juta sebulan menerusi penyasaran subsidi diesel

KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi diesel di Semenanjung sejak Jun lalu berjaya menjimatkan dana kerajaan sebanyak kira-kira RM600 juta sebulan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, hasil penjimatan itu menyebabkan kerajaan dapat meyalurkannya kepada sektor kritikal lain seperti infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan,

Langkah ini langsung dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Sehingga 31 Oktober tahun ini, lebih RM 140,000 penerima Budi Individu dan 65,000 penerima Budi Agrokomoditi diluluskan dalam tempoh lima bulan pelaksanaan sejak Jun 2024 yang melibatkan jumlah bayaran RM 160 juta.

“Selaras dengan penyasaran semula subsidi diesel, kerajaan telah mengapungkan harga diesel tanpa subsidi di pam bagi minggu pertama bermula 10 Jun 2024 kepada RM 3.35 seliter berbanding RM 2.15 seliter melalui kaedah apungan harga secara terkawal.

“Sehingga kini kerajaan telah menurunkan harga diesel tanpa subsidi sebanyak RM 0.40 seliter menjadikan harga apungan semasa kini pada kadar RM 2.95 seliter, katanya dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Berikutan skim tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya di Semenanjung, Hui Ying berkata, kerajaan juga sedang mengkaji pelaksanaan langkah itu di Sabah dan Sarawak.

“Di Sabah Sarawak pada ketika ini kerajaan tidak melaksanakan penyasan subsidi diesel memandangkan sebahagian besar mod pengangkutan untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan di kedua-dua negeri ini bahan apinya menggunakan diesel.

“Tambahan pula kleadaan geografi di situ menghadkan untuk melaksanakan mekanisme fleet card yang memerlukan kemudahan dan infrastruktur yang lebih sesuai terutamanya di kawasan pedalaman.

“Bagaimanapun kita masih mengkaji untuk memastikan pelaksanaan (penyasaran subsidi diesel) mungkin pada masa hadapan, tetapi kita perlu lebih masa untuk mengkaji,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button