Sukan

Amorim akhirnya tarik nafas lega, catat kemenangan pertama ke atas Everton

MANCHESTER – Pengurus baharu Manchester United, Ruben Amorim, akhirnya boleh menarik nafas lega selepas mencatat kemenangan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Everton 4-0 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Marcus Rashford dan Joshua Zirkzee masing-masing menjaringkan dua gol, sekali gus memberikan Amorim kemenangan pertamanya dalam liga sejak dilantik.

Kemenangan ini melonjakkan kedudukan United ke tangga kesembilan liga, pada masa yang sama menyuntik semangat baharu kepada kelab dan penyokong.

Selepas permulaan perlawanan yang agak hambar, Rashford membuka jaringan pada minit ke-34, diikuti dengan gol kedua oleh Zirkzee selepas Amad Diallo memintas sepakan gol Jordan Pickford.

Rashford kemudian menambah derita pelawat dengan menambah jaringan ketiga sejurus selepas separuh masa kedua bermula dengan Zirkzee melengkapkan pesta gol dengan bantuan kedua Diallo.

“Ia adalah permulaan yang baik, tetapi perjalanan masih panjang, “Kemenangan ini memberi motivasi kepada semua orang – pemain, staf, dan juga penyokong, tetapi kami masih perlu bekerja keras untuk terus memperbaiki prestasi,” kata Amorim dalam sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu, para penyokong di Old Trafford jelas teruja dengan kemenangan besar ini dengan nyanyian nama Amorim bergema sepanjang perlawanan, selain mengharapkan perubahan positif ini akan membawa United kembali menjadi pesaing serius di EPL.

Walaupun masih jauh untuk bersaing merebut kejuaraan, kemenangan ke atas Everton ini adalah langkah penting bagi Amorim untuk membina keyakinan pasukan.

United kini hanya empat mata di belakang Brighton and Hove Albion yang berada di tempat keempat, memberikan sedikit sinar harapan untuk menghidupkan peluang layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Dengan kemenangan ini juga, Amorim telah menunjukkan potensi besar yang boleh dibawa oleh pengendali muda dari Portugal itu ke Old Trafford, tetapi cabaran yang lebih besar menanti apabila mereka bakal berdepan pasukan-pasukan utama liga dalam minggu-minggu mendatang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button