![](https://i0.wp.com/malaysiatribune.news/wp-content/uploads/2024/12/IMG-20241201-WA0035.jpg?resize=780%2C470&ssl=1)
Penerbangan Air New Zealand alami masalah enjin, dialih ke Auckland
SYDNEY – Penerbangan Air New Zealand dari Wellington ke Sydney terpaksa dialihkan ke Auckland hari ini susulan masalah enjin yang berlaku ketika dalam perjalanan, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.
Ketua Operasi Penerbangan Air New Zealand, Hugh Pearce berkata, penerbangan NZ249 mengalami masalah enjin kira-kira sejam selepas berlepas.
“Pesawat itu dialihkan ke Auckland, di mana ia mendarat dengan selamat pada pukul 5.20 petang waktu tempatan dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya memetik laporan berita antarabangsa.
Insiden melibatkan pesawat Airbus A320 itu berlaku selepas Air New Zealand bulan lalu menyatakan masalah enjin yang berterusan telah memberi kesan kepada keuntungan syarikat, dengan pendapatan separuh pertama tahun kewangan 2025 dijangka lebih rendah.
Air New Zealand yang berpusat di Auckland, mengendalikan armada sebanyak 108 pesawat menyediakan penerbangan domestik dan antarabangsa termasuk ke Australia, Pasifik, Asia dan Amerika Utara.
Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan semua penumpang serta kru berada dalam keadaan selamat.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune