Berita Semasa

Kebakaran musnahkan rumah pusaka berusia 40 tahun

REMBAU – Sebuah rumah pusaka berusia 40 tahun yang didiami sebuah keluarga musnah dalam satu kebakaran di Kampung Rendah, di sini hari ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 petang ketika pemilik rumah tersebut, Norbi Doya, 73, keluar ke pekan bersama dua anak perempuannya.

Menurut Rozila Zainal Abidin, 48, dalam perjalanan pulang ke rumah, dia ternampak asap berkepul-kepul berhampiran lorong masuk ke rumahnya.

Keadaan rumah pusaka tersebut yang musnah sepenuhnya selepas api berjaya dipadamkan pihak bomba. – Foto Ihsan Norainna Hamzah

“Api marak dalam sekelip mata sekali gus memusnahkan rumah pusaka mak ini,” katanya.

Bagaimanapun Rozila bersyukur kerana ketika kejadian, dua anak kakak sulungnya sempat keluar dari rumah serta menyelamatkan kenderaan daripada terbakar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Muhamad Khairul Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.46 petang.

Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati api sedang marak membakar sebuah rumah kampung seluas 504 meter persegi.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sekitar pukul 6.27 petang dan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian terbabit,” katanya.

Tambah beliau, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button