Berita Semasa

Kampung Ujong Permatang dipilih untuk Program Santuni Madani

KUALA SELANGOR – Kampung Ujong Permatang di sini dipilih sebagai kampung angkat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani).

bagi memperkasa masyarakat dan meningkatkan potensi sosioekonomi penduduk setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar berkata, program itu bertujuan memperkasakan taraf hidup dan potensi sosioekonomi penduduk setempat.

Rusli berkata, melalui inisiatif itu lebih banyak masalah penduduk akan dapat dikenalpasti dan diselesaikan secara langsung melalui pelbagai inisiatif pembangunan.

“Sebagai permulaan, Sekolah Rendah Agama Ujong Permatang yang menempatkan hampir 100 pelajar dipilih untuk dinaiktaraf dengan peruntukan sebanyak RM48,550. Walaupun jumlahnya kecil, manfaatnya besar, khususnya kepada anak-anak kampung ini,” katanya ketika menyampaikan sumbangan simbolik di sini, semalam.

Kampung Ujong Permatang yang dihuni 744 penduduk dari 260 buah rumah turut menerima penerangan berkaitan kepentingan berkoperasi.

Surat Kelulusan Pra-Pendaftaran Koperasi Kampung Ujong Permatang Berhad turut diserahkan bagi memperkukuh struktur ekonomi penduduk.

Menurut SKM, program tersebut juga menyaksikan penganjuran Jualan Madani Koperasi (JMK) dengan tawaran harga barangan keperluan harian sehingga 20% lebih rendah berbanding pasaran.

“Jualan itu melibatkan beberapa koperasi, antaranya Koperasi Keluarga Nadi Rizki Selangor Berhad dan Koperasi Pesara Melayu Daerah Sabak Bernam Berhad dengan insentif bernilai RM30,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu SKM memaklumkan sehingga 30 November 2024, sebanyak 80 program JMK telah dilaksanakan, melibatkan insentif RM2.32 juta dan merekodkan jumlah jualan RM8.41 juta. Langkah ini memberi manfaat kepada lebih 235,000 pengguna di seluruh negara.

Majlis itu turut dihadiri Orang Besar Daerah Kuala Selangor, YDH Datuk Mohamad Yaacob Ismail; Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Mohd Yahya Mat Sahri; Penghulu Mukim Kuala Selangor, Hanis Zahari; Ketua Kampung Ujong Permatang, Abdullah Kamaruddin dan Pengerusi MOCCIS, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button