Lelaki kurang siuman disyaki bakar tiga pelantar ikan di Pantai Remis
MANJUNG – Seorang lelaki kurang siuman ditahan pihak polis selepas disyaki membakar tiga pelantar ikan di Pantai Remis, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 1 pagi dan kebakaran berjaya dipadam dengan cepat oleh anggota bomba.
Menurut beliau, perbuatan suspek berusia 64 tahun itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadi bukti penting sebelum dia ditahan berhampiran lokasi kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek membakar pelantar berkenaan menggunakan bahan bakar dipercayai petrol, sebelum cuba melarikan diri,” katanya memetik laporan BH online.
Beliau turut berkata, laporan daripada pemilik pelantar menunjukkan anggaran kerugian yang ditanggung mencecah RM470,000.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api,” katanya lagi.
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif kejadian, manakala suspek kini ditahan bagi membantu siasatan.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune