Berita Semasa

Pelesenan platform media sosial bertujuan lindungi pengguna media sosial – Fahmi

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan untuk melesenkan platform media sosial adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih sihat dan selamat, dan tidak akan menjejaskan pengguna.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sekali menegaskan, kerajaan perlu melaksanakan sesuatu bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat bagi melindungi 28.68 juta atau 83.1 peratus penduduk Malaysia yang memiliki akaun media sosial.

“Langkah pelesenan ini tidak akan menjejaskan para pengguna seperti kita semua.

“Usaha ini bertujuan untuk memastikan pemilik platform-platform lebih bertanggungjawab untuk bertindak sekiranya jenayah dalam talian seperti aktiviti pedofilia, scam, buli siber, judi dalam talian dan sebagainya berlaku di platform mereka,” katanya, hari ini.

Fahmi berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Penutup Karnival Komunikasi 2024, di sini hari ini.

Hadir sama, Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Kementerian Komunikasi, Mano Verabathran; dan Ketua Pegawai Eksekutif TM, Amar Huzaimi Md Deris.

Berkenaan penganjuran karnival ini, ia mempunyai matlamat untuk memperkasa rakyat menjadi pengguna telekomunikasi yang bijak dan beretika

Kata Fahmi, karnival ini juga dapat merapatkan jurang saluran antara kerajaan dengan rakyat, dan membina masyarakat bermaklumat melalui penyampaian informasi secara cepat, tepat dan sah.

“Kita mahu orang ramai diberi pendeddahan mengenai kepentingan jalur lebar serta teknologi terkini, di samping menarik minat komuniti setempat berkaitan pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh kementerian dan agensi-agensi terlibat,” katanya Fahmi lagi.

Bertemakan ‘Literasi Komunikasi, Masa Depan Harmoni’, karnival yang berlangsung selama dua hari ini turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti program saringan Kanser Serviks (HPV DNA), pemeriksaan pergigian bergerak, Jom Tukar Al-Quran, jualan RAHMAH, percetakan setem dengan gambar sendiri dan permainan interaktif e-sports.

Show More

Related Articles

Back to top button