Berita Semasa

MetMalaysia beri amaran hujan berterusan landa beberapa negeri hari ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran hujan berterusan tahap merah (bahaya) diramalkan terus melanda beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu, hari ini.

Antara kawsan terlibat di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Sementera itu, amaran hujan lebat tahap jingga dikeluarkan bagi kawasan Hulu Perak; Gua Musang, Kelantan, dan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

“Amaran hujan lebat tahap kuning (waspada) turut dijangka berlaku di negeri Perlis; Kedah; Pulau Pinang.

“JUga termasuk beberrapa kawasan di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar; Pahang meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera; dan juga Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, jumlah mangsa banjir di sembilan negeri membabitkan Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Perlis, Melaka, Johor dan Perak terus meningkat kepada 123,679 orang daripada 37,219 keluarga setakat pukul 9.30 pagi ini.

Ketika ini, sebanyak 706 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negara.

Show More

Related Articles

Back to top button