Berita SemasaLuar Negara

MALBATT 850-12 beri sumbangan, bantu penduduk hadapi musim sejuk

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan MALBATT 850-12 telah melaksanakan program Civil Military Cooperation (CIMIC) di Tibnine Government Hospital, Lubnan bagi membantu masyarakat setempat menghadapi cabaran musim sejuk.

Menurut Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan, sumbangan diserahkan Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh kepada wakil Pengarah Hospital Tebnine, Hasan Abbas.

Katanya, sumbangan itu adalah sebahagian daripada usaha membantu masyarakat setempat
merangkumi barangan seperti ubat-ubatan, peralatan hospital, mainan, bahan bacaan kanak-kanak daripada NGO Malaysia

“Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada komitmen MALBATT 850- 12 untuk memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.

“Inisiatif ini juga bertujuan meringankan beban masyarakat tempatan dan menyokong misi UNIFIL dalam mempromosikan keamanan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, Program CIMIC ini merupakan aktiviti pertama yang dilaksanakan oleh MALBATT 850-12 sejak mengambil alih tugas operasi pada 16 November 2024.

“Kejayaan program ini menjadi langkah awal yang signifikan dalam membina kepercayaan dan hubungan erat antara pasukan pengaman dan masyarakat tempatan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button