Berita Semasa

GLC diminta turut sama bantu mangsa banjir

JOHOR BAHRU – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang melanda sembilan buah negeri ketika ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan mengambil berat dan simpati terhadap mangsa bencana banjir seluruh negara yang kini sudah melebihi angka 100,000.

“Kerajaan memang salurkan dana bantuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk bantu mangsa banjir yang terkesan. Insya Allah, kita akan bantu jika ada isu berbangkit.

“Saya juga sudah minta pertolongan dari GLC di bawah Kementerian Kewangan supaya berganding bahu membantu mangsa banjir yang terjejas menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR), di waktu mereka memerlukan bantuan dan sokongan,” katanya.

Amir Hamzah berkata demikian pada sidang akhbar selepas mewakili Perdana Menteri melancarkan Karnival My Pesara KWAP di Padang Akasia, Angsana Mall JB, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed.

Laporan media pada 18 Oktober lalu menyebut, Perdana Menteri mengarahkan penyaluran segera peruntukan hampir RM600 juta kepada NADMA sebagai persiapan mendepani musibah banjir, termasuk lebih RM300 juta yang telah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

Show More

Related Articles

Back to top button