Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Polis buru suspek pembunuhan tiga kucing di kolej swasta

KUALA LUMPUR – Polis kini giat memburu individu yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tiga ekor anak kucing di sebuah kediaman pelajar kolej swasta di Jalan Setapak, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail memaklumkan kejadian itu dipercayai berlaku pada 17 November lalu.

“Polis menerima laporan mengenai kes khianat terhadap haiwan membabitkan tiga ekor kucing, semalam.

“Kucing tersebut ditemukan mati dengan kesan darah di kepala di tangga sebuah kediaman pelajar di Setapak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menjelaskan siasatan masih di peringkat awal dan pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta mengambil keterangan daripada dua individu, termasuk pengadu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas beberapa gambar dan video kucing terbabit dimuat naik oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Instagram.

Hantaran tersebut mendakwa mayat tiga anak kucing ditemukan sekitar jam 5 petang dengan kesan tikaman, selain terdapat tompokan darah kering di lokasi kejadian.

Show More

Related Articles

Back to top button