Berita SemasaDalam Negeri

Hujan Berterusan: Lapan negeri terima amaran METMalaysia

KUALA LUMPUR -Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran hujan berterusan sehingga esok melibatkan lapan negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

Dalam kenyataan hari ini, METMalaysia menjelaskan bahawa hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kelantan, terutama di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai serta di seluruh Terengganu.

Sementara itu, beberapa kawasan di Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, serta Rompin) dijangka mengalami hujan lebat tahap buruk dalam tempoh yang sama.

Bagi tahap waspada, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan beberapa daerah di Perak (Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, serta Kampar), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, dan Bera), dan Johor (Segamat, Mersing, serta Kota Tinggi) turut tersenarai.

Penduduk di kawasan terlibat disarankan agar sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti perkembangan terkini cuaca untuk sebarang langkah keselamatan.

Show More

Related Articles

Back to top button