Berita SemasaDalam Negeri

Banjir : 65,389 mangsa di 539 PPS setakat petang ini

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir yang semakin memburuk di sembilan negeri terus meningkat kepada 87,029 orang dengan jumlah tertinggi direkodkan di Kelantan iaitu sebanyak 65,389 orang, setakat pukul 3 petang ini.

Menurut maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah keseluruhan mangsa itu melibatkan 26,753 keluarga dari 35 daerah di seluruh negara yang kini ditempatkan di 539 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Kelantan, penempatan mangsa daripada 20,331 keluarga melibatkan 232 buah PPS.

Di Terengganu, bilangan mangsa banjir dilaporkan meningkat kepada 16,679 orang daripada 4,891 keluarga yang ditempatkan di 232 PPS melibatkan lapan daerah.

Sementara itu, di Kedah seramai 2,745 mangsa daripada 926 keluarga di 38 PPS di lima daerah.

Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa terus meningkat kepada 1,365 mangsa daripada 367 keluarga dari dua daerah dan ditempatkan di 15 PPS.

Di Perlis pula, 425 mangsa daripada 125 keluarga dari tiga daerah berlindung di empat PPS.

Di Selangor, jumlah mangsa meningkat kepada 312 orang daripada 77 keluarga dan setakat ini dua PPS dibuka manakala di Melaka 66 mangsa daripada 19 keluarga berlindung di lima PPS di tiga daerah.

Bilangan mangsa banjir di dua daerah di Perak pula adalah 48 orang daripada 17 keluarga dan Johor membabitkan dua PPS dibuka sebagai langkah berjaga-jaga.

Show More

Related Articles

Back to top button