Berita Semasa

Mangsa banjir diberi keutamaan tertinggi sepanjang MTL – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan semua mangsa di kawasan terjejas banjir seluruh negara akan diberi keutamaan tertinggi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) iaitu hingga hujung Mac depan.

Perdana Menteri berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dibawah kelolaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memperkemaskan penyelarasan bagi situasi di negeri terjejas.

Ketika ini, enam negeri yang susulan banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.

“Setakat jam 9.32 pagi tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 mangsa membabitkan 11,385 keluarga di enam negeri.

“Sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di keenam-enam negeri setakat ini.

“Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi membabitkan 30,582 orang (9,223 keluarga), 157 PPS telah dibuka di sembilan daerah di Kelantan,” katanya.

@malaysiatribune

Keutamaan tertinggi diberi kepada mangsa banjir dan penduduk di enam negeri yang terjejas akibat banjir, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. #malaysiatribune #parlimenmalaysia #dewanrakyat

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Parlimen pada pagi tadi.

Pada masa yang sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghadapi MTL yang disifatkan sebagai lebih baik pada tahun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button