Kempen Hello CBP 2024: Pesara guru bawa pulang Proton S70
KUALA LUMPUR – Seorang pesara guru dari Pulau Pinang berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton S70 apabila muncul sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Suku Ke-3 Kempen Hello Co-opbank Pertama (CBP) 2024.
Norizan Mat Lahim, 55, menerima hadiah berkenaan daripada Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi, dalam satu majlis yang diadakan, di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Azizan Ahmad, 54; yang bekerja sendiri berjaya membawa pulang sebuah motosikal Suzuki Gixxer 250, manakala guru, Ruslin Abdul Rahman, 56; dan pesara, Ab Wahab Che Mat, 64; membawa pulang Pakej Percutian atau Umrah.
Baharom dalam ucapannya berkata, orang ramai masih berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik menerusi Cabutan Suku Ke-4 Kempen Hello CBP 2024.
“Antara kelainan kempen Hello CBP 2024 adalah cabutan dilakukan setiap suku tahun di mana pemenangnya akan menerima hadiah sama seperti yang dibawa pulang oleh Norizan, Mohd Azizan, Ruslin dan Ab Wabab.
“Kaedah penyertaan kempen ini juga mudah dengan hanya melanggan produk dan perkhidmatan ditawarkan CBP sekali gus berpeluang memenangi hadiah menarik berkenaan,” katanya, hari ini.
Kempen Hello CBP 2024 berlangsung dari 1 Januari lalu hingga 31 Disember ini di mana hadiah keseluruhan bernilai RM1.5 juta yang menjadi nilai hadiah tertinggi pernah ditawarkan CBP.
Kempen ini terbuka kepada pelanggan sedia ada atau pelanggan baharu yang melanggan produk-produk runcit CBP seperti kemudahan deposit, Pembiayaan Peribadi Al-Yasser Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Pembiayaan Ar Rahnu, Takaful Smartcare.