Berita Semasa

MCMC lancar chatbox Whatsapp dikuasai AI bagi tangani berita, maklumat palsu Januari depan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan melancarkan chatbot yang dikuasai kepintaran buatan (AI) bagi menangani penyebaran berita dan maklumat palsu, Januari depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif ini merupakan satu usaha kementerian bagi menangani penularan maklumat tidak benar yang semakin berleluasa.

“Kita dapati, banyak maklumat tidak benar yang disebar, menggunakan (aplikasi) Whatsapp.

“Sehubungan itu, MCMC akan melancarkan satu chatbot di aplikasi berkenaan bagi menangani isu ini, yang mana, pengguna boleh menghantar mesej yg disyaki palsu atau mempunyai elemen meragukan (untuk dipastikan kesahihannya),” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button