Berita Semasa

MCMC dalam fasa akhir laksana penghantaran notis bencana secara terus

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang dalam fasa akhir untuk melaksanakan penghantaran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa melalui sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penghantaran notis yang berfungsi memberi amaran menerusi telefon bimbit kepada individu di lokasi tertentu itu, akan diselaras Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“MCMC sedang dalam fasa akhir untuk meneliti beberapa opsyen dan akan ada koordinasi dengan pihak NADMA (untuk melaksanakan inisiatif itu).

“Ia akan menjadi satu alat komunikasi tambahan yang boleh membantu kerana ada elemen ‘geo location’ (geo lokasi),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) sempena Festival Idea Putrajaya, di sini hari ini.

Notis berkenaan turut boleh digunakan untuk menghantar maklumat lain, seperti lokasi pusat pemindahan sementara (PPS).

Show More

Related Articles

Back to top button