Berita Semasa

Piecemeal lewat terima bayaran isu terpencil

KUALA LUMPUR – Isu kelewatan bayaran perkhidmatan tenaga kreatif (piecemeal) RTM yang tular ketika ini di media sosial adalah isu terpencil.

Menurut Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia, aduan tersebut dibuat seorang piecemeal yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.

“Proses pembayaran perkhidmatan bagi semua piecemeal di RTM kini menggunakan sepenuhnya kaedah Tatacara Perolehan WP10.9 iaitu bayaran bagi perkhidmatan akan diterima dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

“Piecemeal berkenaan sebelum ini telah menghantar dokumen tuntutan yang tidak lengkap dan diminta untuk melengkapkan semula dokumen sebelum boleh diproses,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, pihak RTM sentiasa memastikan pembayaran perkhidmatan kepada piecemeal dibuat secara teratur dan mematuhi tatacara kewangan yang berkuatkuasa.

Terdahulu tular status di LinkedIn seorang piecemeal yang mendakwa tidak mendapat bayaran gaji sejak dua bulan lalu.

Dakwanya, pada setiap bulan pihak pengurusan memberikan pelbagai alasan termasuk bercuti, sakit dan lain-lain.

 

Show More

Related Articles

Back to top button