Luar Negara

ICC keluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu, Gallant

THE HAGUE – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.

ICC dalam satu kenyataan ringkas berkata, waran tangkap tersebut dikeluarkan “kerana jenayah ke atas kemanusiaan dan jenayah perang yang berlaku sejak 8 Oktober 2023”.

“Terdapat ‘alasan yang munasabah’ untuk mempercayai bahawa Gallant dan Netanyahu ‘dengan sengaja dan sedar’ telah menyekat penduduk awam di Gaza daripada mendapatkan keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka, termasuk makanan, air, ubat-ubatan, bekalan perubatan, serta bahan api dan elektrik.” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Belanda telah menyatakan kesediaan mereka bertindak berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan ICC tersebut, lapor agensi berita Belanda ANP, yang memetik Menteri Luar, Caspar Veldkamp.

Laporan itu memberitahu, pemimpin Israel itu akan diberkas sekiranya menjejaki kawasan takluk Belanda.

Show More

Related Articles

Back to top button