Berita Semasa

Pemilik kedai Pok Nong Celup Tepung meninggal dunia

KUALA TERENGGANU – Pemilik Ikan Celup Tepung (ICT) terkenal di sini, Md Non Nawang atau lebih dikenali sebagai Pok Nong meninggal dunia kira-kira pukul 11.41 semalam.

Berita sedih itu disahkan oleh penceramah terkenal, Dr Mohd Izhar Ariff dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

“Dapat pengkhabaran duka, Pok Nong pemilik ICT paling terkenal di Terengganu telah meninggal dunia.

“Jemaah Masjid Terapung Terengganu. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya,” katanya.

Semalam Allahyarham ditidurkan di hospital akibat komplikasi ubat selepas serangan jantung.

Show More

Related Articles

Back to top button