Berita SemasaDalam Negeri

Kumpulan kedua MALBATT 850-11 selamat tiba ke tanah air

SUBANG – Kumpulan kedua MALBATT 850-11 seramai 14 pegawai, 200 anggota ATM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) selamat tiba ke tanah air hari ini selepas menamatkan tempoh perkhidmatan di Lubnan.

Ketibaan disambut Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Datuk Zahani Zainal Abidin (TUDM).

Kumpulan kedua yang diketuai Ketua Pergerakan, Leftenan Kolonel Mohamad Rizan Mahat (TUDM) tiba dengan menaiki pesawat komersil Batik Air di Pangkalan Udara Subang.

Anggota MALBATT melakukan sujud syukur selepas mendarat di Pangkalan Udara Subang, semalam.

PAB dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada warga MALBATT 850-11 yang telah menaikkan imej Malaysia di mata dunia sehingga dikenali dan dihormati oleh masyarakat Lubnan.

“Sikap profesional dan komitmen yang dipamerkan bukan sahaja menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB malah memperlihatkan kemampuan Malaysia dalam memberi bantuan kemasyarakatan kepada rakyat Lubnan,” katanya dalam kenyataan di Facebook Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf J3, Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Tong Veng Leong TUDM, wakil dari ketiga-tiga perkhidmatan dan ahli keluarga anggota.

Seramai 14 pegawai, 200 anggota ATM terlibat dalam misi kemanusian di bawah UNIFIL di Lubnan.

Show More

Related Articles

Back to top button