Polis temukan jasad wanita disimpan dalam kotak ais sejak 2021
KUALA LUMPUR – Polis menemukan jasad seorang wanita dalam sebuah kotak ais dipercayai disimpan sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama, di sini hari ini.
SH Online memberitahu, pihak polis terlebih dahulu dimaklumkan mengenai keberadaan jasad itu oleh anak mangsa yang dipercayai mengalami masalah kesihatan.
Berdasarkan maklumat awal, anak mangsa turut berada bersebelahan kotak ais berkenaan ketika polis tiba di lokasi.
Sementara itu, menurut sumber, anak mangsa yang juga suspek turut memaklumkan kepada polis dia membunuh ibunya pada 2021 sebelum menyimpannya dalam dalam kotak ais berkenaan.
Pada masa ini, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.