Berita Semasa

DBKL sita barang perniagaan halang laluan awam

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan sitaan barangan perniagaan seperti kerusi dan meja yang menghalang laluan awam di Jalan Telawi 4 dan Lorong Ara Kiri, Bangsar, di sini.

DBKL dalam satu hantaran di akaun Facebooknya berkata, tindakan itu dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Lembah Pantai yang melakukan empat sitaan terhadap barangan perniagaan yang diletakkan di tempat awam.

“Tindakan diambil mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Semua barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” kata hantaran itu, malam tadi.

Menurutnya, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan https://adukl.dbkl.gov.my,” kata hantaran itu lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button