Automatif & Teknologi
Gangguan ChatGPT: OpenAI usaha pulihkan perkhidmatan segera
WASHINGTON – OpenAI, pembangun perisian ChatGPT yang disokong oleh Microsoft, memaklumkan perkhidmatan chatbot popularnya itu mengalami gangguan sementara akibat isu teknikal yang sedang ditangani.
Dalam kenyataan di laman sesawangnya, OpenAI berkata, pihaknya sedang menyiasat masalah itu dan berusaha keras untuk memulihkan perkhidmatan dengan segera.
Menurut data dari laman penjejakan Downdetector.com, lebih 19,403 pengguna terjejas oleh gangguan ini setakat pukul 7.13 malam (0013 GMT, Sabtu).
Sehingga kini, OpenAI belum memberikan sebarang maklum balas lanjut mengenai punca gangguan tersebut atau jangka masa pemulihannya