Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Guan Eng menang saman, Muhyiddin diperintah bayar RM1.35 juta

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperintah membayar ganti keseluruhan berjumlah RM1.35 juta kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan saman fitnah dikemukakan Guan Eng berhubung isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary.

Justeru Muhyiddin perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM1.05 juta, dan ganti rugi teruk serta teladan masing-masing berjumlah RM350,000, lapor Kosmo Online.

Dalam keputusannya, Roz Mawar berkata Guan Eng berjaya membuktikan kesnya terhadap Muhyiddin melalui imbangan kebarangkalian dan kenyataan yang dikeluarkan beka Perdana Menteri itu adalah tidak berasas serta tidak benar.

Pada 27 Mac tahun lalu, Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Facebook mengenai dirinya berhubung isu berkenaan pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa kenyataan terbabit membawa maksud beliau telah menyalah guna kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN mengenakan cukai serta penalti terhadap Yayasan Albukhary.

Show More

Related Articles

Back to top button