Berita Semasa

SPRM nafi dakwaan penemuan RM94 juta dari kediaman bekas menteri

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ketua Pesuruhjayanya telah membuat kenyataan berhubung RM94 juta yang didakwa ditemui di kediaman bekas menteri.

Penafian itu adalah susulan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim di Parlimen, semalam.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, walaupun SPRM menghormati hak Ahli Parlimen untuk menyuarakan pandangan mereka secara bebas, adalah penting agar kenyataan yang dibuat berasaskan fakta yang tepat untuk mengelakkan kekeliruan.

“SPRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada sebarang kenyataan telah dibuat oleh Suruhanjaya ini mahupun Ketua Pesuruhjaya SPRM berkaitan penemuan jumlah tersebut di kediaman bekas Menteri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila Awang Hashim (PN-Pendang) membangkitkan isu penemuan wang tunai RM94 juta yang didakwa ditemui di kediaman seorang bekas menteri daripada DAP.

@malaysiatribune

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim meminta penjelasan mengenai perkembangan siasatan terhadap wang RM94 juta yang didakwa dijumpai di dalam rumah pemimpin DAP. #malaysiatribune #parlimenmalaysia #dewanrakyat #DAP

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Dalam dakwaannya itu, Awang mempersoalkan mengenai perkembangan siasatan kes tersebut memandangkan ia sudah setahun berlalu.

Pada masa yang sama, RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian memberi tempoh 24 jam kepada Awang untuk mendedahkan nama pemimpin DAP yang didakwanya itu di luar Dewan Rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button