Berita SemasaPM X

Malaysia anggotai kumpulan draf resolusi singkir Israel daripada PBB

KUALA LUMPUR -Satu draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi menyingkirkan Israel daripada pertubuhan itu akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, draf resolusi berkenaan sedang dalam proses rundingan.

“Pada 31 Oktober lepas Malaysia telah menyertai Kumpulan Teras (Core Group) bagi penyediaan satu draf resolusi Perhimpunan Agung PBB memohon Pendapat Nasihat (Advisory Opinion) Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai obligasi Israel dalam membenarkan aktiviti dan kehadiran PBB,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Kumpulan tersebut turut dianggotai agensi-agensi di bawah PBB, organisasi-organisasi antarabangsa dan negara ketiga di Wilayah Pendudukan Palestin (OPT), yang dilaksanakan dengan persetujuan kerajaan Palestin untuk manfaat orang awam Palestin di wilayah itu.

Tambahnya, setelah diluluskan kelak, resolusi itu dijangka menjadi landasan perundangan bagi membolehkan United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) terus memberikan khidmat asas seperti pendidikan, perawatan kesihatan dan bantuan kemanusiaan, yang telah memberikan faedah kepada lebih enam juta pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lubnan dan Syria.

Show More

Related Articles

Back to top button