Lagi kes cerai babitkan artis Malaysia
KUALA LUMPUR – Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon, Idzham Ismail mengesahkan telah sah bercerai dengan isterinya, Nur Abilah Shamsudin.
Berita tersebut dikongsikan pelakon Tarik Aku ke Syurga itu menerusi satu perkongsian di Instagram Story miliknya hari ini.
“Mahkamah putusakan kami sah bercerai. Tidak akan dirujuk.
“Pesan saya, Allah ada. Jawab dengan Allah untuk segala yang dibuat,” katanya tanpa mendedahkan punca penceraian mereka.
Terdahulu, rumah tangga pasangan terbabit mulai retak sejak empat bulan lalu yang membawa Idzham dan isterinya ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 10 Oktober lalu.
“Cukuplah saya katakan kami sudah tiada lagi persefahaman dalam beberapa hal yang membuatkan tiada lagi penyelesaian lebih baik selain di mahkamah,” jelasnya.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.