
Kereta jatuh cerun akibat hakisan di Pandan Indah
AMPANG JAYA – Sebuah kereta yang diparkir bersebelahan dengan longkang besar di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah di sini, rosak selepas terjatuh ke dalam hakisan tebing pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Azam Ismail berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 4.35 pagi.
Katanya, siasatan di lokasi mendapati sebuah kereta sedan jenis Proton Saga yang diparking di kawasan awam terlibat dan tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.
“Susulan kejadian itu, pihak polis, bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dikerahkan ke tempat kejadian.
“Setakat ini pihak berkuasa sedang menunggu analisa pakar cerun untuk kerja-kerja mengeluarkan kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |