Berita SemasaDalam Negeri

Program Peduli Veteran Madani 2024 menutup tirai di Miri

MIRI – Seramai 21 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima kunjungan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari melalui Program Peduli Veteran Madani (PVM) yang berlangsung di bahagian ini selama dua hari berakhir semalam.

Sebahagian daripada anggota veteran ATM berkenaan adalah yang mengalami masalah kesihatan kronik dan uzur, lima orang balu veteran, seorang isteri veteran dan dua anak veteran.

Adly turut meluang masa melawat penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB), iaitu Sarjan James Mering Imang dari Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang dikenali atas keberanian dan dedikasinya dalam khidmat kepada negara

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan berkata, kunjungan di bahagian itu merupakan destinasi ke 11 dan terakhir bagi PVM tahun ini yang merupakan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan paa veteran terus terpelihara.

“Bahagian Miri mempunyai populasi veteran ATM yang signifikan dengan 10,218 veteran berpencen, 4,964 veteran tidak berpencen dan 1,591 penerima pencen terbitan menjadikan jumlah keseluruhan veteran ATM di daerah ini seramai 16,773 orang.

“PVM tahun 2024 telah melibatkan seramai 205 veteran ATM dari seluruh Malaysia,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button